Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita remaja yang ditembak polis. Ini membuatkan ramai di kalangan anggota masyarakat melatah dan menyalahkan pihak polis. Dalam keghairahan menuding jari kepada sebelah pihak sahaja, adalah lebih baik kita berfikir sejenak akan punca di sebalik kejadian yang tidak diingini ini.
Apakah puncanya? Antara puncanya ialah degil! Kes terkini melibatkan kedegilan untuk menghentikan kenderaan. Ada juga yang degil sehingga sanggup menyerang pihak polis dengan senjata tajam.
Kepada remaja-remaja yang diluar sana, janganlah melarikan diri apabila ditahan oleh pihak polis. Adalah tidak masuk akal jika hanya atas sebab kesalahan trafik, anda terlibat dengan kejadian kejar-mengejar. Untuk menghentikan anda, pihak polis sudah tentu akan menembak tayar kenderaan anda. Peluru berkemungkinan tersasar dan akibatnya anda tertembak. Adalah lebih baik anda berhentikan kenderaan anda dan diperiksa oleh pihak polis. Bayarlah saman jika bersalah.
Ingatlah bahawa polis bertugas siang malam demi menjaga keselamatan rakyat. Gaji mereka sebenarnya tidak setimpal dengan risiko yang mereka hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan