Isnin, 21 Jun 2010

Serik Naik Bas Ekspres Alisan

Kisah benar ini berlaku pada 18 Mac 2010 yang lalu. Walaupun sudah lama, tapi saya rasa patut diceritakan kepada rakan-rakan supaya anda semua tahu apa yang patut dibuat jika kena ke atas diri anda. (Semua butiran dan bukti masih disimpan). Kisahnya saya beli tiket dari Pudu Raya ke A. Setar di kaunter Alisan (masa tu Pudu raya masih dibuka). Harganya RM50 dan dijanjikan bas selesa sehingga ke A.Setar. No bas itu ialah AGH8837. Mula bertolak jam 9.30 pagi. Mula-mula seronok la bas dua tingkat dan selesa. Nak jadi cerita sampai saja di R&R Bukit Gantang pada jam 12.50 tgh, terdengarlah bunyi suara driver India terpekik terlolong suruh penumpang yang nak ke A.Setar turun. Saya yang sedang mamai masa tu tak sempat nak fikir apa terus turunlah. Ingat kot dah sampai ke destinasi. Bila turun driver tu suruh angkat beg dan pindah ke bas lain (yang tiada kaitan dengan Alisan). Bas itu buruk dan tidak sesuai langsung untuk seorang bertaraf profesional. Memang hampeh sungguh. Oleh sebab tiada persediaan dan tiada idea langsung apa yang sedang berlaku, saya pun ikut saja cakap India tu.

Selepas naik bas yang kedua itu baru saya tersedar bahawa saya (dan 2 orang lagi penumpang lain) telah tertipu sebenarnya. Driver itu sebenarnya malas nak ke A.Setar. Dia nak terus bergerak ke Hatyai. Mungkin sebab pompuan Siam dok tunggu dan tak tahan-tahan dah kot. Saya pun sudah hot dan apalagi terus call boss Alisan dan bambu dia cukup-cukup lah. Ini nombor boss Alisan jika kes ini terjadi lagi kepada anda - 03-2032 2273. Tauke Alisan ni bagus sebab dia 'good listener'. Dia kata dia akan call driver, to know what was happen. Saya kata "eloklah tu aku memang marah sangat ni dengan tindakan driver hang yang kurang ajar ni". Kemudian lagi sekali saya call dia, dan dapat tau lah temberang si driver tu. Katanya nak tukar minyak hitamlah (sebab tu korbankan keselesaan penumpang tiga orang). Alasan macam itu hanyalah alasan bodoh saja. Kenapa tidak tukar minyak hitam sebelum bertolak. Bodoh punya kerja kan?

Isunya di sini ialah PENIPUAN terhadap pengguna. Kita bayar mahal-mahal, tetapi servis tidak seperti yang dijanjikan. Bukannya kita guna perkhidmatan depa secara percuma. Sekarang saya sudah serik untuk naik bas ekspres kucing kurap macam ini. Hati-hatilah kalian. Kita sebagai pengguna seharusnya mendapatkan perkhidmatan yang terbaik setimpal dengan apa yang kita bayar. Jika terpaksa naik bas ekspress lagi saya tidak akan turun untuk bertukar bas selagi tidak sampai ke destinasi. Kali ni tau la aku cara nak ajaq depa ni!!!!

2 ulasan:

  1. Kesian anda. Saya sejak dulu memang tidak suka naik bas. Apa kata lain kali anda naik keretapi saja, ambil tiket tempat tidor. Kalau tidak pun kalau siang ambil tiket Kelas 1 atau Kelas 2, selesa sikit. Lambat sikit saja.

    BalasPadam
  2. http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

    wassalam de 9M2YAS

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...