Jika ada di kalangan rakan-rakan mengalami masalah KEHILANGAN GERAN KENDERAAN, jangan risau kerana prosedur terbaru JPJ (pindaan 2010) amatlah mudah dan tidak menyusahkan pengguna (rakyat). Jika sebelum ini anda perlu membuat laporan polis, membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan lain-lain prosedur yang memenatkan, kini anda hanya perlu sertakan:
1. Borang JPJK(Pind.1/2010) - 2 salinan
2. Borang Butiran Pemohon - 1 salinan
3. Salinan kad pengenalan pemilik / waris
4. Duit RM50.00 secara tunai
Berdasarkan pengalaman saya membuat cetakan geran kenderaan baru pada pagi tadi (2 Julai 2010, di JPJ Perlis), masa yang diambil hanyalah 5 minit sahaja (tidak termasuk masa menunggu giliran).
Tahniah diucapkan kepada kakitangan JPJ Perlis yang sangat mesra pelanggan. Saya berpuas hati dengan layanan kesemua staf. Terima kasih juga kepada Pengarah JPJ kerana membuat prosedur baru yang amat mudah untuk pengguna. Prosedur yang mudah dan cekap ini harus dicontohi oleh jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan