Rabu, 15 September 2010

Respons Pembunuhan Kejam ke atas Datuk Sosilawati dan Rakan-Rakannya

KRAC hari ini mengutuk perbuatan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah  ke atas jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu Kamaruddin Shansuddin (pemandu), Ahmad Kamil Karim (peguam) dan Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB). 

KRAC juga turut merakamkan rasa sedih dan simpati serta mengutuk jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah tersebut yang dipercayai didalangi seorang peguam bergelar Datuk.

Hanya manusia-manusia yang bersifat kebinatangan dan bernafsu syaitan sahaja yang sanggup memukul, membakar dan melenyapkan abu mayat ke dalam sungai. Sesungguhnya peristiwa sedih di bulan Ramadhan 1431 ini haruslah dijadikan iktibar kepada semua umat Islam bahawa dalam urusan melibatkan perniagaan dan wang jutaan ringgit - janganlah  percaya lagi dengan pemutar belit yang berada di sekeliling kita.

1 ulasan:

  1. ini ad la satu jnyah yg sgt kejam..
    ingtkan kat luar ngara jew blaku..
    tp x sngka kat mlysia pown ad jnyah spt ini..
    mmg ptut dknakan hukuman yg stimpal...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...