Isnin, 7 Februari 2011

762 pelajar dari Jeddah tiba pagi ini

JAMIL KHIR beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj, Jeddah semalam.

JEDDAH – Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai 320 orang akan menaiki penerbangan AirAsia, diikuti 442 lagi dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadual berlepas pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.
“Kedua-dua penerbangan ini dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.30 pagi ini,” katanya ketika memberi taklimat kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang di sini semalam.
Jamil Khir juga memberitahu, ketibaan kumpulan pelajar itu akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...