Ahad, 4 Disember 2011

MAJLIS PELANCARAN ANTENA HF & VHF STESEN 9M4ITU

 MMM

UUM ONLINE: Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan tahap sistem telekomunikasi di Malaysia bagi memudahkan komunikasi antara satu sama lain terutama mereka yang mendiami kawasan terpencil atau jauh dari bandar.
Justeru itu, dalam usaha untuk meningkatkan taraf sistem telekomunikasi ini, ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama ahli Radio Amatur Malaysia, telah menjalankan satu projek memasang menara Antena HF & VHF bagi stesen 9M4ITU. 
Projek yang menelan belanja hampir RM7,000 ini bertujuan memudahkan komunikasi terutama ketika berlakunya kecemasan seperti bencana alam dan ketidakupayaan komunikasi sedia ada.
Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid berkata, negara terdedah kepada bencana alam dan hubungan komunikasi adalah amat penting.
"Sebagai sebuah universiti yang terletak jauh dari bandar, UUM amat memerlukan kelengkapan telekomunikasi lengkap sebagai persediaan awal jika berlakunya perkara tidak diingini seperti bencana alam," katanya di Majlis Pelancaran Menara HF 9M4ITU baru-baru ini.
Antena HF 9M41TU ini dipasang di Bangunan ITU-UUM, Kompleks Konvensyen UUM dan berupaya menghasilkan komunikasi jarak jauh ke seluruh dunia.
 
=============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...