Khamis, 19 Januari 2012

BUNYI MISTERI DARI LANGIT

Malam tadi sewaktu eyeball dengan rakan-rakan ham Changlun, saya diberitahu tentang kewujudan bunyi misteri dari langit yang berlaku di Sarawak. Selepas balik rumah, saya pun buat research sedikit dengan bertanya Mr. Google. Keputusannya sangat mengerikan. Errkk...bunyi misteri itu bukan sahaja berlaku di Kota Samarahan Sarawak (pada 14 Januari 2012), malah berlaku di merata tempat seluruh dunia mulai 10 Januari sehinggalah 16 Januari. Antara tempat-tempat lain itu ialah di Chile (12 Jan), Checzh Republic (12 Jan), Mexico (14 Jan), Edmonton Alberta Canada (14 Jan), Viborg Denmark (16 Jan) serta merata tempat lagi.

Yang ini rakaman audio dari Sarawak:


Kes di Sarawak itu diterbitkan dalam akhbar The Borneo Post.  http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/#ixzz1jpmdkmtL

Jika anda rajin, silalah cari video dengan kata kunci 'strange sound' di youtube.com. Namun dalam banyak-banyak bunyi itu, bunyi yang dirakam di Sarawaklah yang paling menakutkan, kerana ia berbunyi seperti manusia yang sedang berdengkur (bunyi krohhhh, krohhhh panjang dan kuat!!..kadang-kadang bunyi macam dengusan beruang pun ada). Bayangkan bunyi dengkuran dari langit selama lebih kurang 3 jam (2 pagi sampai 5 pagi). Kuat pulak tu..Heii siapa tak takut kan?? Bunyi yang berlaku di sebelah negara barat pula kedengaran seperti angin, trompet atau bunyi bass yang kuat sahaja.    

Yang  ini di Mexico:


Yang ini dari Denmark:


Kemudian saya bertanya apakah penjelasan logik di sebalik kejadian ini? Berdasarkan sedikit kefahaman sains fizik gelombang, saya dapat katakan ia adalah dari kategori propagation wave yang mana tenaganya bergerak melalui udara. Oleh sebab itulah bunyi ini dapat didengar oleh saksi di tempat kejadian. Apakah punca gelombang propagasi ini? Hmmm....kemungkinan....mungkin berpunca daripada ANGIN SURIA (eleh ini tekaan seorang ahli radio amatur saja, sebab asyik dok baca pasai solar wind hehehe),

....tapi cuba kita kaji dari sudut lain pula...

Berdasarkan bacaan saya sebelum ini, saya pernah terbaca terjemahan hadis tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (tak pasti status hadis sahih, daif atau palsu, cuma nak lontarkan idea sahaja yer). Antara tandanya ialah 'berlakunya bunyi yang menggerunkan dari langit', dan Nabi menyuruh ummatnya untuk tutup semua lubang-lubang pada rumah supaya terselamat dari bala bencana yang terhasil dari bunyi itu. Namun saya bukan ustaz, jadi perkara ini harus ditanya pada pakar ilmu Hadis bagi memastikan kesahihannya. :)

Ada pula teori yang mengatakan bunyi ini berpunca daripada sebuah projek yang digelar High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan oleh Amerika Syarikat. Ishhh apa pulak ler guna projek ini yer? Nak jahanamkan negara orang secara pukulan jarak jauh ker atau nak mengawal cuaca/iklim bumi. Ishh dunia...dunia...

Jadi setelah membaca tentang bunyi misteri ini, apa komen anda? Apa teori anda? Hmmm menakutkan juga kan? Dah ler ada rumours kata tahun 2012 ni nak kiamat...terus taubat tak mau buang masa dah. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...