Isnin, 25 Oktober 2010

Apa itu ITU?

Ibupejabat ITU di Geneva
ITU ialah singkatan kepada International Telecommunication Union. Ia adalah sebuah agensi di bawah PBB (United Nations) yang mengawal isu-isu teknologi maklumat dan komunikasi. Ia juga menguruskan penggunaan global spektrum radio, kerjasama antarabangsa dalam penempatan orbit satelit-satelit, menambahbaikan kemudahan telekomunikasi di negara-negara membangun dan membentuk piawaian antarabangsa.

Ia juga menganjurkan pameran dan forum peringkat antarabangsa serta tempatan misalnya ITU TELECOM WORLD - yang mengumpulkan wakil-wakil kerajaan dan pihak industri ICT untuk percambahan idea, pengetahuan, dan teknologi.

ITU juga terlibat secara aktif dalam bidang internet jalur lebar, teknologi tanpa wayar terkini, pandu arah aeroangkasa dan maritim, radio astronomi, kajicuaca berasaskan satelit, capaian internet, data, suara, penyiaran televisyen, dan sistem rangkaian masa depan.

Kesatuan ini diasaskan di Geneva, Switzerland, dan mempunyai sebanyak 191 negara anggota dan lebih daripada 700 keahlian sektor serta sekutu.

Di Malaysia, ITU menjalinkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dalam usaha penggalakan penggunaan teknologi ICT di kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan ini dikenali sebagai ITU-UUM.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/International_Telecommunication_Union

Cara untuk menjadi ahli RADIO AMATUR


Apa itu radio amatur? Secara ringkasnya ia adalah hobi untuk bereksperimen dengan gelombang radio dan juga untuk mencari kawan seluruh dunia melalui radio dua hala tanpa mengira warna kulit, sempadan negara dan status individu. Dalam  kod etika ahli radio amatur setiap individunya adalah sama, beramah tamah tak kira sama ada anda doktor, lawyer atau engineer , hartawan atau angkasawan, hatta 'king' sekalipun :).

Saya rasa, tentu ada rakan-rakan di luar sana yang berminat tapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jadi di sini saya berikan sedikit panduan.

Caranya ialah:
1. Anda perlu ambil peperiksaan radio amatur (RAE) dan perlu lulus. Borang permohonan menduduki peperiksaan sudah keluar. Untuk dapatkan maklumat dan borangnya, sila klik di sini. (Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Oktober 2010)
2. Selepas lulus, anda boleh buat lesen radio di mana-mana pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (misalnya Cawangan Utara ialah di Butterworth)
3. Sesudah mendapat lesen, sertailah mana-mana persatuan radio amatur, misalnya ASTRA, MART, MARES dan kelab-kelab kecil macam kami.

Nota: pada peringkat awal yakni sebelum anda dapat lesen, anda boleh menjadi SWAL (Short Wave Amateur Listener). Anda boleh aktif berlatih dengan cara mendengar bagaimana rakan berlesen berkomunikasi dengan kod radio amatur.

Ahad, 24 Oktober 2010

Mari Buat Antena Yagi Sendiri

Hujung minggu ini saya nak bina antena jenis yagi. Alatan utamanya mudah sahaja iaitu potongan pita pengukur lama jenis aluminium. Ketiga-tiga potongan pita alauminium itu dilekatkan pada paip pvc jenis elektrik. Lakaran reka bentuknya adalah seperti di bawah.
Semua ukuran yang dinyatakan itu harus diikuti dengan tepat, barulah antena ini akan menjadi.
Gambar diatas ini menunjukkan cara melekatkan pita aluminium itu. Velcro tape digunakan untuk memudahkan menyimpan antena.
Rajah dan gambar di atas menunjukkan cara mamateri pita aluminium itu. Perhatikan ada loop di bahagian atas yang diperbuat daripada pin rambut atau pun dawai tembaga (panjangnya 5 inci).

Gambar di atas menunjukkan 7 liltan kabel pada batang antena (boom) yang dapat menjadi fungsi 'balun'.
Ini contoh cara mengemaskan antena buatan  kita.

Jadi, marilah kita bina antena ini. Mudah saja kan?

Rujukan: http://www.open-circuit.co.uk/tape.php

Sabtu, 16 Oktober 2010

"Follow That Fire Engine" Expedition Crews Have Arrived in Malaysia

Ekspedisi yang bermula dari London pada 16 Julai 2010 ini bertujuan untuk memecah rekod dunia -iaitu mengelilingi dunia dengan menggunakan kenderaan bomba. Krew ekspedisi ini telah sampai di CIQ Bukit Kayu Hitam pada 16 Oktober 2010, jam 2.00 petang. Ketua ekspedisi ini ialah Mr. Steve Moore.

FOLLOW THAT FIRE ENGINE is an awe inspiring expedition that has never been attempted before. A crew of friends plan to achieve Guinness World Record status by circumnavigating the globe...in a fire engine! Departing from London on 18th July 2010, the crew are driving the fire engine an impressive 26,000 miles, through 28 countries, over 9 months, covering grueling terrain, in hospitable territories and in extreme temperature conditions. The vast distances and many unknowns of the expedition will be both physically demanding and mentally challenging. They have arrived in Malaysia on 16th October 2010 at 2.00 p.m.

9W2UUM bergambar bersama Steve.

Steve bersama wakil ekspedisi di Malaysia yang akan mengiringi mereka ke Pulau Pinang.

'Fire engine'.

Pandangan dari belakang.

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Ke-4 Tahun 2010

Saudara ZUL, nak ambil borang nie, sila klik di sini.
Laman SKMM yang menerbitkan pemberitahuan ini.

Khamis, 14 Oktober 2010

CITY-LINK Beroperasi Di Changlun

Kami warga Changlun berasa gembira kerana perkhidmatan CITY-LINK sudah wujud di Changlun. sebelum ini kami terpaksa ke Jitra jika ingin perkhidmatan kurier yang berwibawa.

Antena Silver 5/8 Lambda Special

Jika ada budget boleh ler cuba antena jenis ini pula. Dengar cerita, boleh TX jauh-jauh juga dengan antena ni. Untuk menguji sendiri kena beli dari kedai radio ler.

Khamis, 7 Oktober 2010

Tiga Angkasawan 'Mendarat' di Sintok

Pada 7 Oktober 2010, suatu sejarah tercatat di Lembah Sintok. Ini adalah kerana buat julung kalinya seramai tiga orang angkasawan datang untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai penerokaan angkasa lepas. Angkasawan-angkasawan yang datang terdiri daripada angkasawan Kanada, Iran, dan Switzerland. Kehadiran mereka adalah di bawah program Campus Space Walk bersempena Planetary  Congress yang berlangsung di Kuala Lumpur. Mereka disambut meriah oleh para hadirin yang majoritinya terdiri daripada para pelajar sekolah di sekitar Kubang Pasu. Pelbagai soalan diutarakan oleh para pelajar berkenaan dan mereka semua menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Dari kiri: Chris (Kanada), Captain Chloe (Swirtzerland),  & Anuseh (Iran)

Anuseh memberi pose istimewa.

Angkasawan Iran dan pelajar Malaysia.

Pelajar-pelajar yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Ketiga-tiga mereka sedang membuat persiapan sebelum persembahan slaid.

Chris menerangkan pengalaman pahit getir untuk ke angkasa lepas dan kembali ke bumi.
9 minit sahaja untuk sampai ke angkasa lepas katanya.

Soalan budak sekolah: Bagaimana anda guna tandas di Stesen Angkasa Antarabangsa?
Ni dia, Chris siap berdiri atas meja dan guna seorang model, berlakon seolah-olah dalam tandas di stesen angkasa.
Lepas tu Chris kata depa kena belajar beradaptasi dengan cara buang air yang ada penyedut hampas. Air kencing akan dikitar semula menjadi minuman. Semasa dalam perjalanan balik ke bumi, segala hampas dan kotoran akan dibuang dan dibiar terbakar sebelum masuk ke ruang angkasa bumi. Dia kata "so next time if you see glowing meteorite in the sky - it maybe our waste..hehehe"... :)

Anuseh menceritakan pengalamannya semasa dalam peringkat latihan sebelum ke angkasa lepas.


Chloe menceritakan bahawa beliau terlibat dalam pembaikan teleskop Hubble di angkasa.
Gambar di skrin itu - 'eagle nebula' diperoleh melalui teleskop berkenaan.

SWAL IMAN - wakil tunggal dari SK Dato' Wan Kemara Changlun.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kiriwong Waterfall, Nakhon Si Tammarat Province, Thailand

Jika rakan-rakan ingin berehat atau mandi-manda dalam sungai yang sejuk tapi selamat, bolehlah datang ke Kiriwong Waterfall, Thailand. Jarak dari Changlun lebih kurang 200 km sahaja atau 4 jam perjalanan. Di sini kita boleh mandi dan melihat bagaimana orang Thai menternak ikan kelah secara semulajadi di dalam sungai, tanpa ada jaring.

p/s: terdapat gambar dan video telah terpaksa dibuang dari artikel ini. Puncanya ada orang sakit jiwa tidak mahu gambarnya diletakkan kat sini lalu membuat lapoaran polis mengatakan dia diganggu. Saya pun terpaksa ke Balai Polis untuk memberi keterangan hanya kerana kes remeh temeh ini. hati-hatilah jika anda terlibat dengan orang yang jiwanya sakit. (tapi mana kita tahu yang dia sakit jiwa kan?) 
9W2UUM
Pemandangan bukit bukau di Kampung Kiriwong. Kiri bermaksud 'bukit', wong bermaksud 'keliling'.
Papan tanda berhampiran tempat berkelah.

Buah-buahan yang disediakan kepada pengunjung.

Ikan-ikan kelah di dalam sungai.
Buah cempedak pun disambar kelah juga.
9W2UUM berenang dengan ikan kelah.
Kalau tak reti berenang, boleh guna pelampung.
Panorama di kawasan perkelahan.

Rabu, 29 September 2010

Demonstrasi Penerbangan Kapalterbang Kawalan Jauh di SK Batu Lima Sik







Tarikh: 29 September 2010, Lokasi: Padang Sekolah Kebangsaan Batu Lima, Sik, Kedah. Aktiviti demonstrasi penerbangan. Model: Flying Fox - Electric Twin Engine Push Glider. Sambutan dari pelajar amat-amat memberangsangkan. Mereka sungguh teruja.

Isnin, 27 September 2010

Koleksi Video Aktiviti UUM Sintok 4x4

Tarikh: 25 September 2010, Lokasi: Kuala Nerang

001: Pajero 9W2GOL - Prof. Asan FE


002: Pajero Mejer Nan - Part 1


003: Pajero Mejer Nan - Part 2

004: SJ410 Mizie FTM


005: SJ410 9W2UUM - Fakhrul FTM


006: Pajero Khalid PKU


007: Rocky Sobrie JPP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...