Isnin, 25 Oktober 2010

Apa itu ITU?

Ibupejabat ITU di Geneva
ITU ialah singkatan kepada International Telecommunication Union. Ia adalah sebuah agensi di bawah PBB (United Nations) yang mengawal isu-isu teknologi maklumat dan komunikasi. Ia juga menguruskan penggunaan global spektrum radio, kerjasama antarabangsa dalam penempatan orbit satelit-satelit, menambahbaikan kemudahan telekomunikasi di negara-negara membangun dan membentuk piawaian antarabangsa.

Ia juga menganjurkan pameran dan forum peringkat antarabangsa serta tempatan misalnya ITU TELECOM WORLD - yang mengumpulkan wakil-wakil kerajaan dan pihak industri ICT untuk percambahan idea, pengetahuan, dan teknologi.

ITU juga terlibat secara aktif dalam bidang internet jalur lebar, teknologi tanpa wayar terkini, pandu arah aeroangkasa dan maritim, radio astronomi, kajicuaca berasaskan satelit, capaian internet, data, suara, penyiaran televisyen, dan sistem rangkaian masa depan.

Kesatuan ini diasaskan di Geneva, Switzerland, dan mempunyai sebanyak 191 negara anggota dan lebih daripada 700 keahlian sektor serta sekutu.

Di Malaysia, ITU menjalinkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dalam usaha penggalakan penggunaan teknologi ICT di kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan ini dikenali sebagai ITU-UUM.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/International_Telecommunication_Union

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...