AMARAN BANJIR - Kepada sesiapa yang berhajat untuk pergi ke Hatyai, anda perlu tangguhkan perjalanan anda. Ini adalah kerana di Hatyai sekarang sedang berlaku banjir besar. Kami mendapat maklumat bahawa terdapat hotel yang sudah dimasuki air sampai tingkat kedua.
Selasa, 2 November 2010
LALUAN ALTERNATIF DARI SELATAN MENUJU KE UUM / CHANGLUN
Ini pula peta jika anda dari selatan dan hendak ke UUM. Dari selatan anda dapatkan JITRA. Di JITRA anda tanya orang dan dapatkan JALAN KAMPUNG LANGSAT. Dari situ tuju LEBUHRAYA UUM-K.PERLIS, kemudian sambung ke LEBUHRAYA PLUS, tuju ke UTARA...sampai di satu lokasi (selepas lampu trafik simpang ke kawasan kilang), anda lihat papan tanda FELDA BUKIT TANGGA. Belok ke kanan. Terus maju ke depan. Ikut papan tanda ke UUM. Di sini anda akan lihat kebun getah di kiri dan kanan jalan. Kemudian anda akan temui perumahan Felda Bukit Tangga. Selepas itu STESEN PENYELIDIKAN MARDI...terus maju..dan akhirnya anda akan jumpa pintu belakang UUM!
Isnin, 1 November 2010
LALUAN ALTERNATIF DARI UUM / CHANGLUN UNTUK KE SELATAN
LALUAN ALTERNATIF bagi mereka yang mahu menuju ke selatan - gunakan jalan Kampung Langsat. Untuk mendapatkan jalan ini, dari UUM atau Changlun, anda hendaklah dapatkan lebuhraya UUM - K.Perlis. Bergerak menuju ke arah Unimap/Arau. Kemudian lebih kurang 5 kilometer dari Changlun, (sebelum sempadan Kedah-Perlis) anda akan dapat lihat papan tanda menunjukkan arah ke Padang Sera dan Jitra di sebelah kiri lebuhraya itu. Terus saja masuk simpang itu dan anda akan sampai ke Jitra dalam masa lebih kurang 25 minit. Dari Jitra, masuk ke lebuhraya PLUS. Ini peta dari satelit menunjukkan jalan alternatif yang dimaksudkan.
Berita Terkini: Keadaan Banjir Di Changlun Semakin Kritikal
CHANGLUN - 1 November 2010. Keadaan banjir di sekitar Changlun didapati semakin kritikal. Hujan masih turun walaupun sudah melebihi 24 jam. Terdapat banyak kawasan rendah yang sudah ditenggelami air bah misalnya sekitar Kampung Tradisi, Taman Sri Meranti, Kampung Bendang Tok Leh, Pekan Changlun, dan Paya Nongmi. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil semasa tinjauan jam 5.00 petang ini.
![]() |
| Keadaan banjir di Pekan Changlun |
![]() |
| Keadaan banjir di Kampung Tradisi |
![]() |
| Keadaan trafik di simpang empat Changlun |
![]() |
| Bas Cepat Express dan lori bermasalah enjin di tengah jalan |
![]() |
| Tidak dapat menuju ke selatan. Perlu guna jalan Kg Langsat. |
![]() |
| Pacuan empat roda membelah air bah |
![]() |
| Kampung Bendang Tok Leh |
![]() |
| Stesen minyak Caltex menuju ke Sintok |
![]() |
| Air di sekitar Kg Tradisi |
![]() |
| Keadaan air sungai dari Bukit Kayu Hitam |
![]() |
| Bayangkan jika anda terjatuh ke dalam sungai ini |
![]() |
| Jalan Sintok |
![]() |
| Taman Sri Meranti |
![]() |
| Laluan ke Taman sri Meranti |
![]() |
| Tenggelam |
![]() |
| Cabaran hujan lebat |
Berita Terkini: Banjir Melanda - Jalan ke UUM Ditutup Sementara
SINTOK- 1 November 2010. Hujan lebat sejak malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas leburaya UUM-Kuala Perlis. Pagi ini, pada jam 9.00 pagi, kami mendapati pihak pengurusan lebuhraya berkenan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM diarah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing pada sesi petang ini dan sesi esok hari.
Sehingga berita ini ditulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
Sehingga berita ini ditulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
![]() |
| Air Sungai Badak sudah melimpah jalan menghala ke UUM. |
![]() |
| Jalan menuju ke Kuala Perlis juga akan mencapai aras kritikal. |
![]() |
| Pihak JKR dan Belati Wangsa meninjau keadaan jalan. |
![]() |
| Hujan masih lebat. |
![]() |
| Tersangkut. Kena berpatah balik ke Changlun. |
![]() |
| Deretan kenderaan yang mahu ke UUM dengan cara berkongsi laluan. |
![]() |
| Jalan menuju UUM ditutup.Belok ke kanan, kongsi laluan. |
![]() |
| Keadaan jalan di lebuhraya PLUS berhampiran kilang GANO. Air naik sedikit demi sedikit. |
![]() |
| Paras air di Sungai Korok, dekat Pekan Jitra. |
![]() |
| Pada tahun 2005, air sungai ini melimpah dengan dahsyatnya. Pekan Jitra tenggelam. |
Ahad, 31 Oktober 2010
Aktiviti Cabaran 4x4 dan Ahli Radio Amatur di UUM
Lokasi: Hutan Sintok , UUM. Tarikh: 29-31 Oktober 2010. Rakan radio amatur yang menghadirkan diri ialah: 9W2UUM, 9W2GOL, 9W2CLO, 9W2TSP, 9W2AOT, 9W2ZYS dan 9W2KDL.
![]() |
| 9W2UUM, 9W2CLO bersama Ferozanya. |
![]() |
| 9W2TSP beraksi dalam sungai. |
![]() |
| Dari kiri: 9W2CLO, Hanry, Wan & 9W2ZYS |
![]() |
| Wan Arau sedang beraksi. |
![]() |
| Suasana meriah di tepi sungai. |
![]() |
| Para peserta harus melepasi sungai ini. |
![]() |
| Di atas puncak bukit yang kedua. |
![]() |
| Gembira kerana melepasi halangan bukit tinggi. |
![]() |
| Hanry, 9W2ZYS & 9W2UUM |
![]() |
| Sudah malam, menghampiri kawasan perkhemahan. |
Khamis, 28 Oktober 2010
UUM SINTOK 4x4 : The Lost Waterfall Expedition
SINTOK - Ekspedisi ini akan bermula pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), dan tamat pada 31 Oktober 2010 (Ahad). Ia dianjurkan oleh Kelab Kembara UUM, bersempena Pesta Konvokesyen kali ke-23 ini. Dijangkakan sebanyak 20 buah kenderaan lasak pebagai jenis akan menjelajah hutan Sintok melalui denai di belakang Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhori. Antara lokasi menarik di dalam hutan ini ialah terdapat sebuah air terjun berketinggian 60 kaki. Namun begitu, air terjun ini sudah lama tidak dikunjungi dan ianya seolah-olah dilupakan. Ini adalah kerana laluan untuk menghampirinya sangat sukar. Oleh itu ekspedisi ini akan membawa pesertanya menuju lokasi indah lagi nyaman ini bagi membolehkan mereka merasai betapa nyamannya bila berada di dalam hutan sambil berehat di tepi air terjun. Penulis juga rasa teruja kerana tidak menyangka bahawa di belakang tempat kerja penulis sebenarnya terdapat sebuah air terjun. Setelah bertugas selama 11 tahun barulah rahsia keindahan alam ini diketahui.
Selasa, 26 Oktober 2010
CALLSIGN Radio Amatur Selebriti, VIP dan VVIP seluruh Dunia
1.Tunku Abdul Rahman, First Malaysian PM - (?)
2.Dr. Sheikh Muszafar, First Malaysian Astronaut - (9W2MUS)3.Walter Cronkite. Former CBS news anchor - (KB2GSD)
4.George Pataki, Governor of New York - (K2ZCZ)
5.Chet Atkins, Singer and guitar player - (W4CGP)
6.Ronnie Milsap, singer, songwriter - (WB4KCG)
7.Arthur Godfrey. TV personality - (K4LIB)
8.Howard Hughs, Inventor, pilot, America first billionaire - (W5CY)
9.Joe Walsh, guitarist, singer, songwriter for the Eagles - (WB6ACU)
10.Steve Wozniak, Co-founder of Apple Computer - (WA6BND)
11.General Curtis LeMay, military legend - (W6EZV)
12.Art Bell, syndicated radio personality - (W6OBB)
13.Cardinal Roger Mahony, Archbishop of Los Angeles - (W6QYI)
14.Shari Belafonte Behrens, actress and model - (KE6YGN).
15.Barry Goldwater, former Arizona senator - (K7UGA).
16.King Juan Carlos, King of Spain - (EA0JC)
17.Bhumiphol Adulayadej, King of Thailand - (HS1A)
18.King Hussein, former King of Jordon - (JY1A)
19.Queen Noor, Queen of Jordon - (JY1NH)
20.Yuri Gagarin, first Cosmonaut - (?)
Rujukan:
http://factoidz.com/how-to-get-an-amateur-radio-license/
Isnin, 25 Oktober 2010
ITU-UUM
![]() |
| Dari kiri: Pn. Noorizuana (Penyelaras ITU-UUM), 9M2DA, 9W2UUM, DF5UG (Jerman) @ 9M2QQ, 9M2RT, dan 9W2PCK |
Langgan:
Catatan (Atom)

















































