SINTOK - Ekspedisi ini akan bermula pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), dan tamat pada 31 Oktober 2010 (Ahad). Ia dianjurkan oleh Kelab Kembara UUM, bersempena Pesta Konvokesyen kali ke-23 ini. Dijangkakan sebanyak 20 buah kenderaan lasak pebagai jenis akan menjelajah hutan Sintok melalui denai di belakang Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhori. Antara lokasi menarik di dalam hutan ini ialah terdapat sebuah air terjun berketinggian 60 kaki. Namun begitu, air terjun ini sudah lama tidak dikunjungi dan ianya seolah-olah dilupakan. Ini adalah kerana laluan untuk menghampirinya sangat sukar. Oleh itu ekspedisi ini akan membawa pesertanya menuju lokasi indah lagi nyaman ini bagi membolehkan mereka merasai betapa nyamannya bila berada di dalam hutan sambil berehat di tepi air terjun. Penulis juga rasa teruja kerana tidak menyangka bahawa di belakang tempat kerja penulis sebenarnya terdapat sebuah air terjun. Setelah bertugas selama 11 tahun barulah rahsia keindahan alam ini diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan