
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali mereka yang beramal soleh ,
dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah al-Asr: 1 -3)

Komen tentang buku ini:
Pada tahun 1894, semasa beliau berumur 24 tahun, Guglielmo Marconi telah mendengar tentang kajian yang dibuat oleh santis Jerman, Heinrich Hertz. Beberapa tahun sebelum itu, Hertz membuktikan wujudnya gelombang yang tidak dapat dilihat, dipanggil gelombang elektromagnet yang bergerak di angkasa dengan kelajuan 300 juta meter sesaat. Marconi sangat teruja dengan penemuan Hertz dan yakin bahawa gelombang tersebut dapat menghantar mesej melalui jarak yang jauh tanpa menggunakan seutas wayar pun. Oleh kerana sangat minat, beliau pun membina sebuah bengkel di loteng rumah ibubapanya di Bologna, Itali dan mula menjalankan eksperimen berdasarkan penemuan-penemuan ahli fizik yang terdahulu. Pada mulanya beliau berjaya membina penghantar isyarat untuk jarak beberapa kilometer sahaja. Oleh kerana eksperimennya melibatkan kos tinggi, beliau memerlukan penaja. Namun tiada satu pun pihak berkuasa Itali yang sanggup menajanya. Malah ideanya diperlekehkan. Oleh kerana kecewa dengan layanan di Itali, beliau pun berhijrah ke England pada tahun 1896. Dipendekkan cerita, di England beliau telah ditaja oleh Kerajaan British. Dengan pengubahsuaian tertentu, beliau berjaya menghantar mesej dalam jarak beribu-ribu kilometer. Ini terbukti apabila dalam tahun 1901 isyarat radionya berjaya dihantar merentasi lautan Atlantik, iaitu dipancarkan dari Poldhu, Cornwall, England dan diterima di St. John's, Newfoundland, Kanada. Akhirnya di atas sikap gigih berusaha, beliau berjaya menubuhkan stesen penyiaran radio British yang pertama, diberi nama The Marconi Company pada tahun 1920.
Pada Sabtu, 29 November 2008, pihak SKMM telah mengadakan majlis taklimat di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. Taklimat disampaikan oleh Pengurus SKMM Cawangan Utara iaitu En. Zainol. Beliau telah menjelaskan tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pengendali radio amatur. Antara isu yang dibangkitkan ialah radas atau radio yang digunakan haruslah ada cop SIRIM, peraturan mengenai repeater, band plan, dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh SKMM.
Semasa saya menghadiri Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu di Holiday Villa Subang Jaya baru-baru ini, saya berkesempatan membuat pemancaran di ruang udara lembah Klang. Saya menggunakan radio 5 Watt, antena rubber dark sahaja. Oleh kerana berada di tingkat 15, saya dapat membuat pancaran sehingga hampir 10 km. Saya dapat berQSO bersama 9W2RXZ yang berada di Kg. Kerinchi dengan kualiti audio yang sangat baik.
Maklumat QSO adalah seperti berikut:
Tarikh: 21/10/2008
Masa: 4.30 petang - 4.40 petang
Downlink Freq: 145.800
Saya guna rig: ICOM V8000, antena: mobile untuk mendengar. Kualiti penerimaan dari ISS ialah 5&9!
Sumber:
Gambar disalin dari http://static.howstuffworks.com/gif/space-station-iss-orbit.jpg
Audio dan video hasil rakaman dan suntingan 9W2UUM
Kadang-kadang saya agak keliru apabila ada rakan-rakan ham memberitahu tentang penggunaan saluran simplex di kawasan mereka dalam bentuk kod V, bukannya dalam nilai frekuensi. Jadi setelah saya siasat rupanya, terdapat sistem penamaan saluran yang telah ditetapkan oleh ITU dan diwartakan secara rasmi oleh SKMM. Jadual yang disertakan menunjukkan sebahagian daripada band plan yang dimaksudkan itu. Sebagai contoh, daerah Kubang Pasu, menggunakan V24. Daerah Sik pula V28. Daerah Parit Buntar, Perak guna V38 dan begitulah seterusnya.
Pada Sabtu, 18 Oktober 2008, saya sempat bertemu dengan saudara Fazrul, (SWL-FST) dari Permatang Pauh. Beliau baru sahaja selesai mengambil skrol Ijazah Sarjana Kepintaran Buatan (MSc. AI) dari Tuanku Canselor, di UUM. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga bertemu lagi di udara dan di daratan.Assalamualaikum & selamat pagi, di sini 9W2UUM, mobile, melaporkan bahawa kabus sangat tebal di kawasan Sintok. Jarak penglihatan menjadi terhad kepada lebih kurang 150meter. Sila pasangkan lampu pesawat anda dan tanggalkan 'rayben'. Suhu turun pada sekitar 29'C. Anda boleh matikan suis penghawa dingin jika hendak jimat minyak. Sekian terima kasih.
9W2UUM sedang pulun mejawab soalan RAE 2008 - Sesi 1, Jun 2008. Saya balun 3 jam penuh.
Petugas SKMM dok senyum saja. Depa pun pelik, sebab orang lain kebanyakannya sudah balik dah. Tinggal saya dan 2-3 orang calon sahaja pada minit-minit terakhir. hehehe. Alhamdulillah LULUS!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada rakan sekerja yang masih kabur tentang kepentingan peperiksaan ini. Jadi saya jelaskan dalam bentuk soal-jawab (Soal-jawab adalah anak kunci ilmu - Saidina Ali (r.a)).
Soalan lazim:
Jawapan: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
Jawapan: i. atas dasar menambah ilmu, ii. untuk melayakkan anda memohon lesen radio, iii. mengelakkan anda dari di saman beratus ribu oleh SKMM jika menggunakan alatan radio tanpa lesen, iv. menambahkan kenalan anda seluruh dunia, sekiranya anda terus menjadikan radio amatur sebagai hobi. v. boleh dinamakan sebagai aktiviti khidmat sosial, pengurusan bencana atau aktiviti luar dari tempat kerja (untuk diisi dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) anda setiap tahun) dan lain-lain alasan yang munasabah.
Bersama rakan sekelas, sebilik & sepermainan -Halim Md. Lazim.
Saya; Sdr. Muhammad (Bussinessman); Sdr. Mahzan (berkopiah);Dalam pertemuan ini, sempat juga saya mempromosikan tentang radio amatur. Akhirnya, ada juga seorang dua yang berminat menyertai hobi radio silaturrahim ini.
p/s: STSSS = Sekolah Tun Syed Sheikh Shahabudin,
Jln. Kg Baru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Dahulunya dipanggil Sek. Sains Pulau Pinang)
Syukur alhamdulillah, ada juga rakan yang ingin menolong dalam usaha untuk mendirikan antena yang tinggi sekitar 40 kaki. Rakan dari Alor Setar telah sudi membuat penghantaran ke rumah dengan harga promosi. Kalau dibandingkan dengan harga besi di kedai 'hardware' rasanya yang ini lebih murah. Kos yang perlu dibayar hanya RM 90++ sahaja. Saya pun nak beli jugalah kalau macam ini.
Ciri radio ini
Peralatan di atas adalah keperluan asas untuk seseorang SWAL mula menceburi bidang radio amatur. Aksesori-aksesori lain (misalnya PTT, 'power supplier' dalam kereta, antena slim jim, antena mobil, dan lain-lain) boleh dibeli kemudian apabila 'budget' anda mengizinkan.
Di mana anda boleh beli peralatan itu dengan harga yang berpatutan?
Jawapan: Saya tidak bolehlah iklankan tempat penjualan radio dalam ruangan ini. Jadi, kepada yang berminat sila hubungi saya melalui :
Yahoo! Messenger ID: biruartik
e-mel: biruartik@gmail.com