Sabtu, 5 Julai 2008

Apakah nadi sebuah pemancar gelombang radio?

Nadi manusia berpunca dari degupan jantung. Bagi pemancar radio pula, nadinya ialah ayunan yang berlaku dalam dua komponen utama iaitu gegelung (juga dipanggil solenoid, coil) dan kapasitor (capacitor). Ayunan itu sebenarnya ialah ulangan pertukaran tenaga dalam bentuk medan magnet (dalam gegelung) kepada tenaga dalam bentuk medan elektrik (di dalam kapasitor). Ulangan yang berturutan inilah yang akan menghasilkan frekuensi. Proses perubahan tenaga itu dalam rentak atau fasa yang tertentu (di dalam gegelung dan kapasitor) pula digelar resonans.


Jenis atau sifat-sifat khusus pada kapasitor dan gegelung akan menentukan nilai frekuensi yang akan terhasil. Jika dikaji secara lebih mendalam, kita akan dapati bahawa pergerakan elektronlah yang memainkan peranan bagi menghasilkan kedua-dua medan berkembar ini. Ini adalah suatu hakikat. Medan elektrik sentiasa berpasangan dengan medan magnet. Ketika kita berkomunikasi dengan radio, sebenarnya kedua-dua bentuk tenaga itu sedang bergerak keluar di udara.

Rujukan:
Gambarajah di atas disalin daripada laman web yang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...