Selasa, 21 Oktober 2008

Perancangan Jaluran (Band Plan)

Kadang-kadang saya agak keliru apabila ada rakan-rakan ham memberitahu tentang penggunaan saluran simplex di kawasan mereka dalam bentuk kod V, bukannya dalam nilai frekuensi. Jadi setelah saya siasat rupanya, terdapat sistem penamaan saluran yang telah ditetapkan oleh ITU dan diwartakan secara rasmi oleh SKMM. Jadual yang disertakan menunjukkan sebahagian daripada band plan yang dimaksudkan itu. Sebagai contoh, daerah Kubang Pasu, menggunakan V24. Daerah Sik pula V28. Daerah Parit Buntar, Perak guna V38 dan begitulah seterusnya.
Nota: Untuk makluman anda, soalan tentang band plan pernah keluar dalam RAE 2008-1.

2 ulasan:

  1. hehehe...

    Thanks for the post....
    Baguih gak mike bleh kabo what is the 'V' is all about...

    Tapi setakat yang teman faham, penamaan saluran atau simplex nih datang dari simplex bandwidth. dlm band plan kita, hanya 144.00 hingga 146.000 (primary) diguna pakai seratus peratus radio amator. manakala 146.00 hingga 148.000 (secondary) kita kongsi ng repeater dan awam.

    Kalau ikut kater orang lama, the pure simplex for amateur adalah antara V16 until V47. maner datang nyer 'V' kita ikut simplex nyer bandwidth iaitu 12.5 Mhz. cthnyer... V22... 22 darap 12.5 sama dengan 275. so simplex tu frequency nyer 145.275.

    sebetuinyer kita semua bleh guna mana-2 simplex dah tiada diperuntukkan satu simplex untuk mana tmpt. cuma kita sepakat kat area kita nak guna simplex maner.. cthnyer kat taiping, semua sepakat pakai simplex V20 iaitu 145.250. tu je...

    cuma kalau nak tambah dlm post bro... malaysia nyer calling channel adalah V40 (sebetuinye calling channel untuk semua negara dalam region 3). sepatutnye kita semua kene standby kat V40... cthnye jumpa rakan luar... so panggil beliau di V40. bila dah dpt kita ajak QSY ke simplex lokalan kita...

    tu je comment teman stakat yang teman paham....

    arap kita bleh diskusi lagi...
    teman pun bukan nyer pandai pun...

    BalasPadam
  2. Terima kasih Encik Dugong kerana memberi ulasan dalam blog saya. Saya sungguh seronok dapat berkongsi maklumat dengan anda. Kini pengetahuan saya tentang perkara ini semakin luas. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...