Khamis, 1 Mac 2012

Panduan ke Forum Radio Amatur & AGM ASTRA 2012 di UUM


1. Dari luar UUM, anda akan jumpa EDC-UUM Hotel di sebelah kiri. Teruskan ke depan, hati-hati kerana ada selekoh berbahaya di situ (dah banyak kes kenderaan terbabas ke dalam longkang).

NOTA: Untuk komunikasi radio di ruang udara UUM, repeater eksperimental 146.8125, minus 600, tone 103.5
2. Kemudian anda akan jumpa pintu gerbang UUM. Dari situ anda terus maju ke depan tanpa belok ke mana-mana simpang.
3. Lebih kurang 600 meter dari pintu gerbang, anda pandang sikit sebelah kiri. Anda akan nampak saltmine 9W2UUM - Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi. Dari sini, anda terus ke hadapan.
4. Selepas lebih kurang 3 kilometer dari saltmine 9W2UUM, anda akan nampak papan tanda 'FORUM RADIO AMATUR'. Lepas tu anda akan nampak satu simpang di sebelah kiri (bersebelahan litar go-kart) . Sila belok kiri dan teruskan perjalanan.
5. Kemudian anda akan nampak sebuah dewan besar & taman yang indah. Sabar dulu, yang ini belum DTSO, yang ni Dewan MAS. Sila belok kiri dan ikut laluan itu.
6. Lepas itu, anda akan nampak papan tanda DTSO, sila ikut arahan papan tanda.
7. Akhir sekali, anda akan nampak DTSO. Selamat berforum & ber-AGM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...