Selasa, 20 Mac 2012

Jagalah anak kita dan anak jiran tetangga


Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita kehilangan kanak-kanak. Apa sudah jadi ni? Saya pun risau kerana saya juga mempunyai anak yang masih bersekolah. Mengikut laporan akhbar, semua kes penculikan ini berlaku semasa kanak-kanak ini berada di luar rumah. Maksudnya kejadian berlaku semasa mereka jauh dari pandangan atau jagaan ibubapa. Sebagai bapa, saya memahami bahawa, sememangnya kita tidak mampu mengawasi mereka sepanjang masa. Ada kalanya mereka akan pergi bermain, pergi kelas mengaji Quran, dan aktiviti sekitar taman perumahan secara sendirian. Apa tindakan yang boleh kita ambil? Pada pandangan saya, keseluruhan masyarakat harus mengambil berat setiap kejadian yang berlaku di sekitar kita. Kita perlu jaga tepi kain orang lain. Maksudnya kita perlu jaga keselamatan bukan sahaja anak kita, malah anak orang lain juga, tanpa mengira agama atau bangsa. Jika ada kes yang mencurigakan melibatkan kanak-kanak, kita perlu peka, dapatkan maklumat misalnya nombor plat kenderaan, jenis kenderaan, masa kejadian, dan wajah sipelaku. Jika ada kamera, terus saja ambil gambar atau rakam video kejadian berkenaan. Kesimpulannya masyarakat harus bertindak menjaga kanak-kanak yang tidak berdosa dari terus menjadi mangsa manusia durjana yang rosak hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...