Ahad, 12 Julai 2009

Kota Mengkuang - kota yang hilang ditelan zaman

Tahukah anda bahawa sekitar awal tahun 1800 Masihi, wujud sebuah kota yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Islam Kedah? Kota ini dibina di tepi Sungai Padang Terap dalam mukim Wang Tepus, Kubang Pasu, Kedah. Ia dibina daripada tanah yang dicampur madu lebah.

Raja yang bersemayam di sini ialah raja terakhir dinasti Ayutthaya. Beliau turun ke wilayah selatan pada tahun 1767 setelah diserang dan diusir oleh tentera Burma (digelar Sukothai yang bermaksud puak kafir). Nama beliau ialah SULTAN SYARIF ABU BAKAR SYAH. Ketika di Ayutthaya (1758-1767), gelarannya ialah Ekataat dan Boromoraja V. Boromoraja bermaksud pemerintah berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam. Ekataat pula bermaksud beta/kami taat kepada Allah dan Rasul. Sila rujuk Wikipedia untuk melihat senarai raja-raja Ayutthaya. Pihak sarjana barat juga mengakui bahawa Ayutthaya asalnya sebuah negara Islam.

Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda bersama kaum kerabat dan pengikut-pengikutnya telah dibunuh di Kota Mengkuang oleh tentera kafir Thai. Khabarnya baginda dimakamkan di Kg. Tualang. Peristiwa pembunuhan ini sungguh menyayat hati. Mengikut cerita orang-orang lama, tentera Thai membunuh penghuni kota ini tanpa belas kasihan. Wanita dan kanak-kanak habis dipancung ibarat menebas lalang sahaja caranya. Begitulah kejamnya musuh Islam. Sehingga ke hari ini, puak Thai (Suku Thai) ini masih berdendam. Buktinya banyak pembunuhan orang Islam di selatan Siam. Terbaru, awal Jun 2009, mereka telah menembak orang sembahyang Isyak dalam masjid. Tindakan ini dianggap pengecut kerana menyerang orang tanpa senjata.

Apa yang terjadi kepada kota ini pada hari ini? Sungguh sayang sekali, khazanah berharga ini tidak diiktiraf, tidak dihargai dan tidak diberi pembelaan sewajarnya. Kini kota ini telah dipecahkan, dimusnahkan dan lenyap ditelan zaman. Sebahagiannya telah menjadi tapak mengorek pasir, kilang bata, dan kebun getah. Begitulah caranya kita menjaga khazanah silam. Sungguh meloyakan bukan? Jika di Britain, kota dan istana rajanya yang berusia beratus tahun dipelihara. Sebaliknya kota lama kita dilunyaikan jadi debu. Sebenarnya, kota lama ini boleh dibuat pusat sejarah dan menjana sumber pendapatan dalam sektor pelancongan. Barulah kita ada identiti dan teras jati diri.

Saksikanlah video ekspedisi oleh rakan sukrelawan pengkaji sejarah Kedah. Mereka telah bersusah payah menemuramah dan melawat makam waris pemerintah di kota berkenaan.

Rujukan:
http://naim-firdausi.blogspot.com/2008/07/video-jejak-kota-mengkuang-yang-hilang.html
http://wikimapia.org/#lat=6.2396445&lon=100.4756248&z=16&l=0&m=b
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


1 ulasan:

  1. hihii..ingat g..sy g wat khidmat komuniti plkn siri7 kump3 2010 di kg kota mengkuang ni la!! jumpa dgn pnduduk depa!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...