Ahad, 31 Oktober 2010

Perkhidmatan Fotografi Majlis Perkahwinan - Call 0194565007 (Rahim)








Aktiviti Cabaran 4x4 dan Ahli Radio Amatur di UUM

Lokasi: Hutan Sintok , UUM. Tarikh: 29-31 Oktober 2010. Rakan radio amatur yang menghadirkan diri ialah: 9W2UUM, 9W2GOL, 9W2CLO, 9W2TSP, 9W2AOT, 9W2ZYS dan 9W2KDL.

9W2UUM, 9W2CLO bersama Ferozanya.
9W2TSP beraksi dalam sungai.

Dari kiri: 9W2CLO, Hanry, Wan & 9W2ZYS

Wan Arau sedang beraksi.

Suasana meriah di tepi sungai.

Para peserta harus melepasi sungai ini.
Di atas puncak bukit yang kedua.

Gembira kerana melepasi halangan bukit tinggi.

Hanry, 9W2ZYS & 9W2UUM


Sudah malam, menghampiri kawasan perkhemahan.

Khamis, 28 Oktober 2010

UUM SINTOK 4x4 : The Lost Waterfall Expedition

SINTOK - Ekspedisi ini akan bermula pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), dan tamat pada 31 Oktober 2010 (Ahad). Ia dianjurkan oleh Kelab Kembara UUM, bersempena Pesta Konvokesyen kali ke-23 ini. Dijangkakan sebanyak 20 buah kenderaan lasak pebagai jenis akan menjelajah hutan Sintok melalui denai di belakang Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhori. Antara lokasi menarik di dalam hutan ini ialah terdapat sebuah air terjun berketinggian 60 kaki. Namun begitu, air terjun ini sudah lama tidak dikunjungi dan ianya seolah-olah dilupakan. Ini adalah kerana laluan untuk menghampirinya sangat sukar. Oleh itu ekspedisi ini akan membawa pesertanya menuju lokasi indah lagi nyaman ini bagi membolehkan mereka merasai betapa nyamannya bila berada di dalam hutan sambil berehat di tepi air terjun. Penulis juga rasa teruja kerana tidak menyangka bahawa di belakang tempat kerja penulis sebenarnya terdapat sebuah air terjun. Setelah bertugas selama 11 tahun barulah rahsia keindahan alam ini diketahui.

Selasa, 26 Oktober 2010

CALLSIGN Radio Amatur Selebriti, VIP dan VVIP seluruh Dunia

1.Tunku Abdul Rahman, First Malaysian PM - (?)
2.Dr. Sheikh Muszafar, First Malaysian Astronaut - (9W2MUS)
3.Walter Cronkite. Former CBS news anchor - (KB2GSD)
4.George Pataki, Governor of New York - (K2ZCZ)
5.Chet Atkins, Singer and guitar player - (W4CGP)
6.Ronnie Milsap, singer, songwriter - (WB4KCG)
7.Arthur Godfrey. TV personality - (K4LIB)
8.Howard Hughs, Inventor, pilot, America first billionaire - (W5CY)
9.Joe Walsh, guitarist, singer, songwriter for the Eagles - (WB6ACU)
10.Steve Wozniak, Co-founder of Apple Computer - (WA6BND)
11.General Curtis LeMay, military legend - (W6EZV)
12.Art Bell, syndicated radio personality - (W6OBB)
13.Cardinal Roger Mahony, Archbishop of Los Angeles - (W6QYI)
14.Shari Belafonte Behrens, actress and model - (KE6YGN).
15.Barry Goldwater, former Arizona senator - (K7UGA).
16.King Juan Carlos, King of Spain - (EA0JC)
17.Bhumiphol Adulayadej, King of Thailand - (HS1A)
18.King Hussein, former King of Jordon - (JY1A)
19.Queen Noor, Queen of Jordon - (JY1NH)
20.Yuri Gagarin, first Cosmonaut - (?)


Rujukan:
http://factoidz.com/how-to-get-an-amateur-radio-license/

Isnin, 25 Oktober 2010

ITU-UUM

Dari kiri: Pn. Noorizuana (Penyelaras ITU-UUM), 9M2DA, 9W2UUM, DF5UG (Jerman) @ 9M2QQ, 9M2RT,  dan 9W2PCK

Inilah pejabat ITU-UUM yang berada di dalam kampus utama UUM Sintok. Pejabat baru ini diperoleh setelah Bank Islam Cawangan UUM berpindah ke tempat lain. Penulis sempat bergambar di depan pejabat ini selepas mesyuarat perlaksanaan seminar RACIM 2010 bersama wakil SKMM dan IARU.

Apa itu ITU?

Ibupejabat ITU di Geneva
ITU ialah singkatan kepada International Telecommunication Union. Ia adalah sebuah agensi di bawah PBB (United Nations) yang mengawal isu-isu teknologi maklumat dan komunikasi. Ia juga menguruskan penggunaan global spektrum radio, kerjasama antarabangsa dalam penempatan orbit satelit-satelit, menambahbaikan kemudahan telekomunikasi di negara-negara membangun dan membentuk piawaian antarabangsa.

Ia juga menganjurkan pameran dan forum peringkat antarabangsa serta tempatan misalnya ITU TELECOM WORLD - yang mengumpulkan wakil-wakil kerajaan dan pihak industri ICT untuk percambahan idea, pengetahuan, dan teknologi.

ITU juga terlibat secara aktif dalam bidang internet jalur lebar, teknologi tanpa wayar terkini, pandu arah aeroangkasa dan maritim, radio astronomi, kajicuaca berasaskan satelit, capaian internet, data, suara, penyiaran televisyen, dan sistem rangkaian masa depan.

Kesatuan ini diasaskan di Geneva, Switzerland, dan mempunyai sebanyak 191 negara anggota dan lebih daripada 700 keahlian sektor serta sekutu.

Di Malaysia, ITU menjalinkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dalam usaha penggalakan penggunaan teknologi ICT di kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan ini dikenali sebagai ITU-UUM.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/International_Telecommunication_Union

Cara untuk menjadi ahli RADIO AMATUR


Apa itu radio amatur? Secara ringkasnya ia adalah hobi untuk bereksperimen dengan gelombang radio dan juga untuk mencari kawan seluruh dunia melalui radio dua hala tanpa mengira warna kulit, sempadan negara dan status individu. Dalam  kod etika ahli radio amatur setiap individunya adalah sama, beramah tamah tak kira sama ada anda doktor, lawyer atau engineer , hartawan atau angkasawan, hatta 'king' sekalipun :).

Saya rasa, tentu ada rakan-rakan di luar sana yang berminat tapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jadi di sini saya berikan sedikit panduan.

Caranya ialah:
1. Anda perlu ambil peperiksaan radio amatur (RAE) dan perlu lulus. Borang permohonan menduduki peperiksaan sudah keluar. Untuk dapatkan maklumat dan borangnya, sila klik di sini. (Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Oktober 2010)
2. Selepas lulus, anda boleh buat lesen radio di mana-mana pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (misalnya Cawangan Utara ialah di Butterworth)
3. Sesudah mendapat lesen, sertailah mana-mana persatuan radio amatur, misalnya ASTRA, MART, MARES dan kelab-kelab kecil macam kami.

Nota: pada peringkat awal yakni sebelum anda dapat lesen, anda boleh menjadi SWAL (Short Wave Amateur Listener). Anda boleh aktif berlatih dengan cara mendengar bagaimana rakan berlesen berkomunikasi dengan kod radio amatur.

Ahad, 24 Oktober 2010

Mari Buat Antena Yagi Sendiri

Hujung minggu ini saya nak bina antena jenis yagi. Alatan utamanya mudah sahaja iaitu potongan pita pengukur lama jenis aluminium. Ketiga-tiga potongan pita alauminium itu dilekatkan pada paip pvc jenis elektrik. Lakaran reka bentuknya adalah seperti di bawah.
Semua ukuran yang dinyatakan itu harus diikuti dengan tepat, barulah antena ini akan menjadi.
Gambar diatas ini menunjukkan cara melekatkan pita aluminium itu. Velcro tape digunakan untuk memudahkan menyimpan antena.
Rajah dan gambar di atas menunjukkan cara mamateri pita aluminium itu. Perhatikan ada loop di bahagian atas yang diperbuat daripada pin rambut atau pun dawai tembaga (panjangnya 5 inci).

Gambar di atas menunjukkan 7 liltan kabel pada batang antena (boom) yang dapat menjadi fungsi 'balun'.
Ini contoh cara mengemaskan antena buatan  kita.

Jadi, marilah kita bina antena ini. Mudah saja kan?

Rujukan: http://www.open-circuit.co.uk/tape.php

Sabtu, 16 Oktober 2010

"Follow That Fire Engine" Expedition Crews Have Arrived in Malaysia

Ekspedisi yang bermula dari London pada 16 Julai 2010 ini bertujuan untuk memecah rekod dunia -iaitu mengelilingi dunia dengan menggunakan kenderaan bomba. Krew ekspedisi ini telah sampai di CIQ Bukit Kayu Hitam pada 16 Oktober 2010, jam 2.00 petang. Ketua ekspedisi ini ialah Mr. Steve Moore.

FOLLOW THAT FIRE ENGINE is an awe inspiring expedition that has never been attempted before. A crew of friends plan to achieve Guinness World Record status by circumnavigating the globe...in a fire engine! Departing from London on 18th July 2010, the crew are driving the fire engine an impressive 26,000 miles, through 28 countries, over 9 months, covering grueling terrain, in hospitable territories and in extreme temperature conditions. The vast distances and many unknowns of the expedition will be both physically demanding and mentally challenging. They have arrived in Malaysia on 16th October 2010 at 2.00 p.m.

9W2UUM bergambar bersama Steve.

Steve bersama wakil ekspedisi di Malaysia yang akan mengiringi mereka ke Pulau Pinang.

'Fire engine'.

Pandangan dari belakang.

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Ke-4 Tahun 2010

Saudara ZUL, nak ambil borang nie, sila klik di sini.
Laman SKMM yang menerbitkan pemberitahuan ini.

Khamis, 14 Oktober 2010

CITY-LINK Beroperasi Di Changlun

Kami warga Changlun berasa gembira kerana perkhidmatan CITY-LINK sudah wujud di Changlun. sebelum ini kami terpaksa ke Jitra jika ingin perkhidmatan kurier yang berwibawa.

Antena Silver 5/8 Lambda Special

Jika ada budget boleh ler cuba antena jenis ini pula. Dengar cerita, boleh TX jauh-jauh juga dengan antena ni. Untuk menguji sendiri kena beli dari kedai radio ler.

Khamis, 7 Oktober 2010

Tiga Angkasawan 'Mendarat' di Sintok

Pada 7 Oktober 2010, suatu sejarah tercatat di Lembah Sintok. Ini adalah kerana buat julung kalinya seramai tiga orang angkasawan datang untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai penerokaan angkasa lepas. Angkasawan-angkasawan yang datang terdiri daripada angkasawan Kanada, Iran, dan Switzerland. Kehadiran mereka adalah di bawah program Campus Space Walk bersempena Planetary  Congress yang berlangsung di Kuala Lumpur. Mereka disambut meriah oleh para hadirin yang majoritinya terdiri daripada para pelajar sekolah di sekitar Kubang Pasu. Pelbagai soalan diutarakan oleh para pelajar berkenaan dan mereka semua menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Dari kiri: Chris (Kanada), Captain Chloe (Swirtzerland),  & Anuseh (Iran)

Anuseh memberi pose istimewa.

Angkasawan Iran dan pelajar Malaysia.

Pelajar-pelajar yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Ketiga-tiga mereka sedang membuat persiapan sebelum persembahan slaid.

Chris menerangkan pengalaman pahit getir untuk ke angkasa lepas dan kembali ke bumi.
9 minit sahaja untuk sampai ke angkasa lepas katanya.

Soalan budak sekolah: Bagaimana anda guna tandas di Stesen Angkasa Antarabangsa?
Ni dia, Chris siap berdiri atas meja dan guna seorang model, berlakon seolah-olah dalam tandas di stesen angkasa.
Lepas tu Chris kata depa kena belajar beradaptasi dengan cara buang air yang ada penyedut hampas. Air kencing akan dikitar semula menjadi minuman. Semasa dalam perjalanan balik ke bumi, segala hampas dan kotoran akan dibuang dan dibiar terbakar sebelum masuk ke ruang angkasa bumi. Dia kata "so next time if you see glowing meteorite in the sky - it maybe our waste..hehehe"... :)

Anuseh menceritakan pengalamannya semasa dalam peringkat latihan sebelum ke angkasa lepas.


Chloe menceritakan bahawa beliau terlibat dalam pembaikan teleskop Hubble di angkasa.
Gambar di skrin itu - 'eagle nebula' diperoleh melalui teleskop berkenaan.

SWAL IMAN - wakil tunggal dari SK Dato' Wan Kemara Changlun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...