Khamis, 4 November 2010

PINDAAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2010/2011 (A101)

UUM ONLINE: UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) telah memutuskan bahawa Peperiksaan Akhir Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101) yang jadual peperiksaan asal bermula dari 8 November 2010 hingga 3 Disember 2010 telah dipinda kepada 21 November 2010 hingga 13 Disember 2010.

Bagi jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 21 November 2010 hingga 3 Disember 2010 adalah kekal dan tidak berubah.

Manakala jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 8 November 2010 hingga 20 November 2010 telah dijana semula pada 4 Disember 2010 hingga 13 Disember 2010.

Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan bermula 8 November hingga 13 Disember 2010.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Zanariah binti Yaakob di talian 04-928 3106 /3160/3150/3112/3189.


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...