Wah...ada orang persoalkan kaedah kajian dalam blog ini. Hehehe sabar bang, menurut sifu saya, kita wajib mulakan kajian dengan persoalan. Ini adalah satu nikmat atau anugerah Allah, iaitu cari ilmu dengan bertanya. Perkara ini sangat logiklah kan? Jika tak dak soalan, buat apa nak cari jawapan kan? Jadi, antara metod atau kaedah kajian awalan yang kita boleh gunakan (untuk menjawab soalan yang berputar ligat dalam kepala kita) ialah:
1) kajian perpustakaan (Mat Salleh panggil - library search...contoh? - pi cari bahan di Perpustakaan Negara, cari bahan perpustakaan on-line, atau yang paling mudah - gunakan saja perpustakaan PAKCIK GOOGLE. Tanya jer Pakcik Google tu, dia pasti akan suggest bahan bacaan yang sesuai untuk topik yang kita nak kaji. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan terhurailah persoalan kajian kita.
2) analisis kandungan (omputeh kata content analysis, hermeneutics) - apa contoh dia bang? Haa yang ni contohnya anda kaji gambar-gambar, bunyi/audio, video, filem, kitab-kitab, manual, rekod-rekod lama, kaji batu bersurat, batu nesan, dan apa-apa jerlah yang menjurus kepada kandungan yang dapat menjawab persoalan kajian yang telah kita gariskan di permulaan kajian tadi.
Selain daripada itu ada lagilah kaedah-kedah yang berdarjat lebih tinggi iaitu pemerhatian ( Arabic = absor, English = observation), temuramah, temuramah etnografik, dan soal selidik (belum digunakan dalam blog ini). Untuk kaji dengan lebih detail, kita gunalah metod yang lebih tinggi dan mulia darjatnya iaitu melalui eksperimen. Dari eksperimen, kita akan peroleh data empirikal (maksudnya kita akan dapat data atau maklumat sahih secara berfakta).
Kemudian sifu saya ajar lagi satu konsep keilmuan - CJS. Apa tu? Mudah saja, mula-mula C = Cari ilmu, kedua J = Jana ilmu, dan ketiga S = Sebarkan ilmu tu. Jadi setelah kita dapat jawapan persoalan kajian tadi, kita hebahkan atau share dengan orang lain. Salah satu cara terkini yang mudah lagi percuma ialah hebahkan melalui blog. :).Sebab tu la saya dok gatal tangan share ilmu yang ciput kat blog ni. Tujuan utamanya - nak educate & create interest dalam diri sendiri supaya jadi penyelidik setiap hari (atas alasan jika nak mengkaji & sebarkan ilmu tak perlu tunggu dapat geran ribu-ribu atau juta-juta dari kerajaan). Tujuan keduanya nak educate masyarakat awam (layman) bagi membudayakan pencarian & perkongsian ilmu pengetahuan dalam bentuk santai tapi berkesan.
Jadi, harap klia (clear) dah kot noo? - 9W2UUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan