Isnin, 13 Februari 2012

Persoalan kajian #3: Adakah terdapat bukti kewujudan UFO?

Berdasarkan kajian, memang terdapat bukti UFO dalam bentuk gambarfoto, video, dan imej sonar bangkai kapal UFO di dasar laut. Namun kesahihan bukti ini sering dipertikaikan. Tapi tak apalah, kita andaikan gambar-gambar, dan video ini adalah benar. Maka bertemulah anda akan bukti-bukti berikut:
  1. Imej sonar UFO dalam Lautan Baltik (Ogos 2011).

 2. Gambar UFO di pantai Tuaran, Sabah (18 Julai 2010).


3. Video UFO di China (17 Ogos 2006).

 4. Pengejaran pesawat F16 Belgium Air Force ke atas UFO (awal 1990-an).Kes di Belgium adalah unik kerana ia disaksikan oleh ratusan orang awan, polis, tentera, dan diakui oleh Kerajaan Belgium (sumber: Discovery Channel, 2011).

Jika begitu, memang wujud UFOlah? Kita jawap dulu YA, ia wujud! Kenapa? Takut sangat ke dengan kehadiran UFO? Kan ker dalam agama kita pun ada sebutkan tentang kewujudan makhluk langit? Biasalah tu. Makhluk langit pun nak hidup dan ada teknologi canggih juga. Kita anggapkan fenomena UFO ni sama macam 4 fenomena terpenting alam maya, iaitu: GRAVITI, keMAGNETan, keELEKTRIKan, dan tenaga NUKLEAR. Dari kefahaman fenomena-fenomena alam tadi, maka terciptalah pelbagai peralatan atau mesin serta sumber kuasa untuk kegunaan manusia sejagat. Jadi, jika dapat bangkai kapal UFO, kita boleh belajar (reverse engineered) teknik terbang dengan kaedah anti graviti dan bergerak dengan cara meresap dalam medan magnet/elektrik. (sama sepertimana manusia belajar terbang dengan prinsip aerofoil /Bernoulli yang terdapat pada sayap burung sejak 600 tahun yang lalu). Banyak faedahnya tu. Untunglah jika Malaysia mampu menerajui teknologi UFO ini. Tapi agak malang sikitlah kerana UFO-UFO ini didapati kerap meninjau dan berlegar di ruang udara negara-negara yang maju teknologinya seperti di Eropah & China. Mungkin mereka pun ingin belajar ilmu tercanggih di planet bumi. Who knows? :). - 9W2UUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...