Rabu, 22 Februari 2012

Scientific UFO Evidence in Norway


Hessdalen,Norway has UFO Observatory since 1988.
'Fully Automatic UFO Observatory' records UFO activity 24-7 from the early 80s:
A government funded and public UFO research project done by scientists and students. They also caught "UFO"s on video.
They say they don't know what they are, but they can say it's here and real.

Isnin, 13 Februari 2012

Persoalan kajian #3: Adakah terdapat bukti kewujudan UFO?

Berdasarkan kajian, memang terdapat bukti UFO dalam bentuk gambarfoto, video, dan imej sonar bangkai kapal UFO di dasar laut. Namun kesahihan bukti ini sering dipertikaikan. Tapi tak apalah, kita andaikan gambar-gambar, dan video ini adalah benar. Maka bertemulah anda akan bukti-bukti berikut:
  1. Imej sonar UFO dalam Lautan Baltik (Ogos 2011).

 2. Gambar UFO di pantai Tuaran, Sabah (18 Julai 2010).


3. Video UFO di China (17 Ogos 2006).

 4. Pengejaran pesawat F16 Belgium Air Force ke atas UFO (awal 1990-an).Kes di Belgium adalah unik kerana ia disaksikan oleh ratusan orang awan, polis, tentera, dan diakui oleh Kerajaan Belgium (sumber: Discovery Channel, 2011).

Jika begitu, memang wujud UFOlah? Kita jawap dulu YA, ia wujud! Kenapa? Takut sangat ke dengan kehadiran UFO? Kan ker dalam agama kita pun ada sebutkan tentang kewujudan makhluk langit? Biasalah tu. Makhluk langit pun nak hidup dan ada teknologi canggih juga. Kita anggapkan fenomena UFO ni sama macam 4 fenomena terpenting alam maya, iaitu: GRAVITI, keMAGNETan, keELEKTRIKan, dan tenaga NUKLEAR. Dari kefahaman fenomena-fenomena alam tadi, maka terciptalah pelbagai peralatan atau mesin serta sumber kuasa untuk kegunaan manusia sejagat. Jadi, jika dapat bangkai kapal UFO, kita boleh belajar (reverse engineered) teknik terbang dengan kaedah anti graviti dan bergerak dengan cara meresap dalam medan magnet/elektrik. (sama sepertimana manusia belajar terbang dengan prinsip aerofoil /Bernoulli yang terdapat pada sayap burung sejak 600 tahun yang lalu). Banyak faedahnya tu. Untunglah jika Malaysia mampu menerajui teknologi UFO ini. Tapi agak malang sikitlah kerana UFO-UFO ini didapati kerap meninjau dan berlegar di ruang udara negara-negara yang maju teknologinya seperti di Eropah & China. Mungkin mereka pun ingin belajar ilmu tercanggih di planet bumi. Who knows? :). - 9W2UUM.

Asyik-asyik kajian? Apa metod/kaedah kajian blog anda ni ye?

Wah...ada orang persoalkan kaedah kajian dalam blog ini. Hehehe sabar bang, menurut sifu saya, kita wajib mulakan kajian dengan persoalan. Ini adalah satu nikmat atau anugerah Allah, iaitu cari ilmu dengan bertanya. Perkara ini sangat logiklah kan? Jika tak dak soalan, buat apa nak cari jawapan kan? Jadi, antara metod atau kaedah kajian awalan yang kita boleh gunakan (untuk menjawab soalan yang berputar ligat dalam kepala kita) ialah:
1) kajian perpustakaan (Mat Salleh panggil - library search...contoh? - pi cari bahan di Perpustakaan Negara, cari bahan perpustakaan on-line, atau yang paling mudah - gunakan saja perpustakaan PAKCIK GOOGLE. Tanya jer Pakcik Google tu, dia pasti akan suggest bahan bacaan yang sesuai untuk topik yang kita nak kaji. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan terhurailah persoalan kajian kita.
2) analisis kandungan (omputeh kata content analysis, hermeneutics) - apa contoh dia bang? Haa yang ni contohnya anda kaji gambar-gambar, bunyi/audio, video, filem, kitab-kitab, manual, rekod-rekod lama, kaji batu bersurat, batu nesan, dan apa-apa jerlah yang menjurus kepada kandungan yang dapat menjawab persoalan kajian yang telah kita gariskan di permulaan kajian tadi.   

Selain daripada itu ada lagilah kaedah-kedah yang berdarjat lebih tinggi iaitu pemerhatian ( Arabic = absor, English = observation), temuramah, temuramah etnografik, dan soal selidik (belum digunakan dalam blog ini). Untuk kaji dengan lebih detail, kita gunalah metod yang lebih tinggi dan mulia darjatnya iaitu melalui eksperimen. Dari eksperimen, kita akan peroleh data empirikal (maksudnya kita akan dapat data atau maklumat sahih secara berfakta).

Kemudian sifu saya ajar lagi satu konsep keilmuan - CJS. Apa tu? Mudah saja, mula-mula C = Cari ilmu, kedua J = Jana ilmu, dan ketiga S = Sebarkan ilmu tu. Jadi setelah kita dapat jawapan persoalan kajian tadi, kita hebahkan atau share dengan orang lain. Salah satu cara terkini yang mudah lagi percuma ialah hebahkan melalui blog. :).Sebab tu la saya dok gatal tangan share ilmu yang ciput kat blog ni. Tujuan utamanya - nak educate & create interest dalam diri sendiri supaya jadi penyelidik setiap hari (atas alasan jika nak mengkaji & sebarkan ilmu tak perlu tunggu dapat geran ribu-ribu atau juta-juta dari kerajaan). Tujuan keduanya nak educate masyarakat awam (layman) bagi membudayakan pencarian & perkongsian ilmu pengetahuan dalam bentuk santai tapi berkesan.

Jadi, harap klia (clear) dah kot noo? - 9W2UUM

Rabu, 8 Februari 2012

Persoalan Kajian #2: Berapa kerapkah kejadian gempa bumi?

Berdasarkan data dari U.S. Geological Survey, jawapan kepada persoalan kajian ini ialah:
kekerapan berlaku gempa bumi adalah setiap hari (dalam jangkamasa rawak). Wahhhh.... takutnya!!! Lihatlah data sahih itu, memang setiap hari ada gegaran gempa bumi! Cuma kita tak tahu pada jam berapa dan berapa saiz magnitudnya saja. Lepas dah berlaku barulah pakar kajibumi dapat rekodkan datanya. Nampak sangat bumi ni dah tua dan mungkin ia murka dengan kemaksiatan yang berlaku di atas permukaannya.

Persoalan Kajian #1: Bolehkah kita mencipta komponen radio sendiri?


Daripada kajian perpustakaan dan analisis kandungan, didapati kita mampu mencipta komponen radio sendiri (menjawab persoalan kajian #1). Empat tahun yang lalu, saya telah mengkaji dan menulis tentang NADI UTAMA SESEBUAH RADIO - KAPASITOR dan INDUKTOR (gegelung / coil). Jadi komponen utama yang perlu kita ketahui akan cara untuk dibangunkan ialah KAPASITOR. Komponen kedua (yakni induktor) tak perlu dipelajari kerana ia teramatlah mudah untuk dibuat. Okey, saya tak boleh tulis panjang-panjang kerana QRL dengn tesis PhD...(kena buat analisis data & bangunkan prototaip courseware).

Secara ringkasnya, jika anda nak buat kapasitor sendiri, sila buat kajian dilaman web ini ---> HOMEBREWED VARIABLE CAPACITOR Selepas dah berjaya nanti, kita bina pulak transistor, speaker dan lain-lain dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur juga. Dah cukup semua komponen, akhir sekali kita pasang kesemuanya dan terbinalah radio yang berciri 100% made by kampong man. - 9W2UUM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...